Baginda S.A.W. juga adalah manusia yg mempunyai fitrah kasihan belas. Baginda amat menyayangi kanak2, 0rang tua, & fakir miskin. Ketika anakanda lelaki Rasulullah S.A.W. meninggal dunia ketika kecil, baginda S.A.W. tidak lepas menitiskan air mata. Pernah se0rang Arab Badwi membuang air di tempat s0lat, baginda tidak memarahi bahkan membasuh air tersebut. Baginda S.A.W. juga tidak kek0k makan sedulang bersama 0rang berkudis tangannya. Rasulullah adalah insan yang paling lemah-lembut terutama kepada 0rang yang beriman. Apabila Rasulullah S.A.W. memanggil para sahabatnya, baginda S.A.W. akan memanggil nama atau gelaran yang paling disukai mereka. Baginda S.A.W. adalah insan yang suka tersenyum & mempunyai jiwa yang bersih. Kata2 & akhlak baginda adalah Al-Quran. Baginda tidak berkata / membuat sesuatu melainkan ia adalah wahyu daripada Allah S.W.T. Walaupun baginda S.A.W. memiliki akhlak yang terpuji & disayangi seluruh makhluk, baginda tetap merendahkan diri. Rasulullah S.A.W. mengatakan bahawa Allahlah yang mengajar baginda untuk berakhlak mulia.
Friday, January 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment