“Betapa nikmatnya membaca al-Qur’an kalau faham kata per kata dari setiap ayat…”
PERTAMA DI DUNIA
- maksud di bawah setiap ayat al-Qur’an
- mempermudah kita memahami erti dan isi al-Qur’an
- dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur’an ini
Kelebihan Tafsir Quran Per Kata
- Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Quran
- Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
- Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar
- Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
- Dilengkapi juga dengan terjemahan.
- Sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang, ibu-bapa, anak-anak, sedeqah masjid dan seumpama dengannya.
Saturday, January 16, 2010
Nikmat Membaca Al-Quran...
Posted by ~Nur Zaƒirah~ at 7:14 PM 0 comments
Renung2 lah...
Merenunglah dan Besyukurlah - La Tahzan /Dont Be Sad (Dr. Aid Bin Abdullah Ar-Qarni)
Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.
............Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.........(Ibrahim: 34)
Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada didalamnya telah diciptakan oleh Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.
...........Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian , baik yang zahir mahupun yang batin.......(Luqman:20)
Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki
.........Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?........(Ar-Rahman:13)
Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Adakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas ke dua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia yang lainkehilangan kedua betisnya? . Apakah anda merasai nikmat tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggu ?. Pernahkah anda merasa nista ketika anda menyantap makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum kerana penyakit yang mereka deritai ?.
Renungkanlah !. Betapa besarnya fungsi pendengaran, dimana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan ; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang tenghindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar Gunung UHUD ? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit ? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda? Namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan belian, tetapi anda kudung ?
Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan yang stabil.
Dan anda acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material , padahal anda masih memiliki kunci kebahagian, memilik setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah.
..........Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasa Allah. Apakah kaliantidak memerhatikannya? (Adz-Dzariyat: 21)
Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tingga, pekerjaan, kesihatan, sahabat dan dunia sekeliling anda. Dan jangan termasuk di dalam golongan:
.........Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya........(An-Nahl: 83)
Posted by ~Nur Zaƒirah~ at 7:13 PM 0 comments
Keutamaan Ilmu.
KEUTAMAAN ILMU
Allah SWT berfirman:
"Hai mereka yang percayakan Allah dan Rasul takut olehmu kepada Allah dengan sebenar-benar takut dan jangan kamu mati melainkan dalam Islam"
"Hai anak anak Adam bahawa perumpamaan ilmu dengan ketiadaan amal itu seperti halilintar dan kilat serta guruh dengan ketiadaan hujan dan perumpamaan amal dengan ketiadaan ilmu seperti pokok kayu dengan ketiadaan buah".
Dan telah berkata Sayidina Umar (RA). bahawa sekelian lautan itu dibahagikan kepada empat bahagian.:
i) Hawamu itu adalah laut dari segala dosa.
ii) Nafsumu itulah laut bagi segala keinginanmu yang tiada penghujungnya.
iii) Dan mati adalah laut segala amalmu yang tiada habis nikmatnya
iv) Dan lagi kubur laut bagi segala sesal yang tiada berguna lagi kekesalan itu
........dipetik dari pengajaran menuju hidayah
Posted by ~Nur Zaƒirah~ at 7:11 PM 0 comments
Friday, January 1, 2010
Sifat Nabi...
Baginda S.A.W. juga adalah manusia yg mempunyai fitrah kasihan belas. Baginda amat menyayangi kanak2, 0rang tua, & fakir miskin. Ketika anakanda lelaki Rasulullah S.A.W. meninggal dunia ketika kecil, baginda S.A.W. tidak lepas menitiskan air mata. Pernah se0rang Arab Badwi membuang air di tempat s0lat, baginda tidak memarahi bahkan membasuh air tersebut. Baginda S.A.W. juga tidak kek0k makan sedulang bersama 0rang berkudis tangannya. Rasulullah adalah insan yang paling lemah-lembut terutama kepada 0rang yang beriman. Apabila Rasulullah S.A.W. memanggil para sahabatnya, baginda S.A.W. akan memanggil nama atau gelaran yang paling disukai mereka. Baginda S.A.W. adalah insan yang suka tersenyum & mempunyai jiwa yang bersih. Kata2 & akhlak baginda adalah Al-Quran. Baginda tidak berkata / membuat sesuatu melainkan ia adalah wahyu daripada Allah S.W.T. Walaupun baginda S.A.W. memiliki akhlak yang terpuji & disayangi seluruh makhluk, baginda tetap merendahkan diri. Rasulullah S.A.W. mengatakan bahawa Allahlah yang mengajar baginda untuk berakhlak mulia.
Posted by ~Nur Zaƒirah~ at 2:00 AM 0 comments


